BBComel Shop

+6019 660 6199

Lelaki Ini Pemegang Rekod Pengumpul Terbanyak Barangan Hello Kitty

hellokittycollecter

Lelaki Ini Pemegang Rekod Pengumpul Terbanyak Barangan Hello Kitty

Guinness World Records telah melawat rumah Masao Gunji. Merupakan seorang pemegang rekod dunia pengumpul paling banyak barangan memorabilia Hello Kitty. hellokittycollector

Rumah beliau yang terletak di Yotsukaido, Chiba, Jepun, merupakan juga tempat beliau menyimpan barangan memorabilia Hello Kitty sebanyak 5,169 varieti. Barangan-barangan ini dapat dilihat cantik tersusun pada setiap inci dinding, meja dan juga lantai rumahnya.

Mari kita lihat video beliau dengan barangan memoribilia Hello Kitty kesayangannya. Banyak sangat. Anda akan terkesima….

Koleksi Masao yang menakjubkan ini dikumpul semenjak 30 tahun yang lalu dengan bantuan isterinya. Ia merangkumi segalanya daripada patung-patung bertemakan Hello Kitty, bekas makanan(bento), tuala, alat-tulis, topi keledar, jam dinding dan termasuk juga barangan dapur.

Ramai orang termasuk jiran-jiran Masao sangat suka melihat koleksinya malah menggalakkan beliau untuk mengira setiap satu barangannya supaya beliau boleh cuba tersenarai dalam rekod dunia.

“Hello Kitty selalu buat saya gembira ketika saya rasa sedih,” terang Masao.

hellokittycollector

Sekarang usahanya sudah berhasil, Masao masih meneruskan menambah barangan pada koleksinya setiap masa dan waktu. Beliau juga berterima kasih kepada mereka yang turut membantu beliau dalam memburu rekod ini.

Sebelum ini Asako Kanda, juga daripada Jepun memegang rekod sebanyak 4,519 barangan Hello Kitty.

Kedai online kami juga banyak menjual barangan hello kitty bagi penggemar dan pengumpul barangan Hello Kitty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select your currency
USD United States (US) dollar
0

Your Cart